5 Perkara Yang Sangat Ditakuti Oleh Setiap Wanita. Bukan Lipas!

girl-883007_1920

Dalam hidup, kita akan sentiasa melalui waktu-waktu yang tidak kita sukai. Adakalanya kita Tuhan mencampakkan kita ke dalam satu daerah yang kita benci, orang didalamnya tidak mengenali kita, suasananya berbeza, tempatnya berbeza dan segala-galanya berbeza.

Tetapi, dengan keajaiban sang waktu, daerah yang kita benci itu barangkali satu hari nanti kita jatuh cinta sepenuh hati kepadanya. Dan tidak jarang, di saat cinta itu hadir, Tuhan tidak semena-mena menarik kita keluar daripada daerah itu dan dicampakkan pula ke daerah yang lain.

Dan kita sebagai manusia, tetaplah menerima takdir Tuhan yang maha Esa. Cekal, berani terus untuk menghadapi setiap ujian yang Tuhan telah sediakan untuk kita.

Tetapi kawan, kita tahu dan cukup mengerti bahawa dalam keberanian juga akan ada ketakutan yang kadangkala muncul lantas bermaharajalela dalam diri kita. Jadi bagaimana kawan untuk melawan ketakutan ini? Pertama, kita sendiri mesti mafhum dan cukup mengetahui, apakah ketakutan terbesar yang bermaharajalela dalam diri kita.

Untuk itu, kami kongsikan beberapa ketakutan yang secara umumnya ditakuti oleh wanita. Mungkin, anda juga memiliki ketakutan yang serupa, jadi bersedialah.

1.Takut Ditinggalkan

Wanita ini dicipta Tuhan dengan sungguh halus. Daripada kulit luarannya sehinggalah ke hati yang paling dalam, wanita memang diciptakan dengan kehalusan yang hebat dan sungguh teliti. Maka dengan kehalusan, mereka selalu ingin dicintai.

Disebabkan itulah, ketakutan mereka yang paling besar adalah kehilangan orang yang mereka cintai. Sekejap atau lama, sementara atau selama-lamanya, perpisahan dengan orang yang mereka kasihi tetap menjadi sebuah ketakutan yang tidak dapat diredam meski dengan keberanian setinggi gunung pun.

2. Takut Tidak Cantik

Kawan-kawan, wanita dicipta dengan sungguh unik sekali. Wanita sungguh sangat mencintai dan dekat dengan kecantikan. Sehingga kecantikan itu barangkali telah menjadi sahabat mereka sejak mereka masih kecil lagi. Maka oleh itu, saban hari mereka akan risau dengan persahabatan itu.

Mereka bimbang, kecantikan akan pergi meninggalkan dirinya keseorangan. Tetapi tidak mengapalah kawan, kerana yang lebih penting bukan kecantikan wajah tetapi kecantikan hati itu sendiri.

3. Takut Akan Kekejaman

Kan sudah aku beritahu sebelum ini bahawa wanita diciptakan Tuhan dengan sifat yang halus dan kadangkala sukar dimengerti. Maka, mereka benci dan tidak suka akan kekejaman atau sebarang bentuk kekasaran. Dan yang lebih menakutkan mereka adalah menjadi korban kepada kekejaman itu sendiri.

Bertenanglah selalu, Tuhan akan selalu bersama dengan hambaNya. Berdoalah sentiasa.

4. Takut Menyusahkan Orang Lain

Wanita. Selalu menghiburkan hati kita dengan sikapnya yang sungguh takut akan setiap perbuatan kecil mereka yang mereka bimbang akan menyebabkan kesusahan kepada orang lain. Mereka akan selalu berhati-hati dalam sesuatu perkara untuk menjaga hati orang-orang yang dekat dengannya.

Kerana mereka sangat takut, keputusan yang mereka lakukan akan menyusahkan atau melukakan hati seseorang.

5. Takutkan Hubungan Yang Gagal

Mereka sungguh takut akan hubungan yang gagal. Hubungan tidak semestinya antara kekasih, tetapi juga hubungan persahabatan, kekluargaan dan hubungan pelajar-guru. Mereka sungguh takut akan kegagalan dalam setiap perhubungan yang mereka jalinkan.

Maka kita akan sering melihat, wanita kerap kali menjaga hubungan antara mereka dan orang lain.

Semoga artikel ini dapat membantu anda, merefleks diri sebentar, untuk meluruskan kembali apa yang tidak lurus dan terus mengekalkan apa yang betul yang selama ini anda amalkan. 🙂

Sertai Dropship PinkLady Sekarang Di Sini: [Klik]
(Visited 361 times, 1 visits today)