5 Perkara Yang Patut Anda Lakukan Sebelum Bersalin

baby-315986_1280

Kawan-kawan sekalian, mungkin ada diantara kita yang berada di trimester terakhir kehamilan, sedang menanti waktu untuk si anak keluar meihat dunia. Mungkin ini bulan ketujuh, atau barangkali bulan kelapan, dan kita pula masih tidak tahu apa yang perlu kita lakukan menjelang kelahiran.

Jangan bimbang. Kami senaraikan beberapa idea yang patut anda lakukan menjelang kehadiran bayi anda. Eh sebelum tu, tahniah kami ucapkan! Semoga dikurniakan bayi yang comel seperti anda dan suami. Jadi, ini senarainya,

1. Belilah Barang Keperluan Bayi

Haa, kalau dah nama wanita, walaupun sedang hamil mereka masih sangat bersemangat untuk membeli-belah. Kan? Haha! Maka, menjelang fasa-fasa akhir kehamilan ini, pergilah ke pasaray-pasaraya dan kedai-kedai yang menjual barangan keperluan bayi dan belilah apa yang anda rasakan perlu.

Tetapi kawan dalam berbelanja jangan pula sampai anda mengabaikan kesihatan anda. Utamakan kesihatan anda (dan bayi) sebelum apa jua perkara yang anda ingin lakukan.

2. Ziarah Dan Berborak Bersama Kawan-Kawan

Jika anda bercuti, ambillah cuti sehari dua untuk bertemu dan berkunjung ke rumah atau keluar bersama dengan kawan-kawan anda. Mesti anda sudah lama tidak keluar bersama kawan-kawan lama kan? Ambillah peluang ini untuk bertemu dengan mereka, lagi-lagi kawan-kawan yang mempunyai pengalaman melahirkan anak.

Berbuallah bersama mereka, minta mereka untuk kongsikan tips dan nasihat untuk mengurangkan rasa takut dan cemas sewaktu melahirkan anak nanti.

3. Manjakan diri

Haaa, bukan selalu anda dapat melakukan perkara ini. Dan si suami tentunya faham jika di fasa-fasa ini anda ingin memanjakan diri dengan menikmati matahari terbenam di tepi pantai atau sekadar bersiar-siar di taman bunga. Terpulang kepada anda, tidak ada satu aktiviti pun yang spesifik untuk menggambarkan perkataan ini.

Ajaklah suami bersama dalam aktiviti ini. Pasti mereka akan bersikap ro

4. Banyakkan Membaca

Ketika di fasa-fasa akhir ini tentu sekali banyak perkara yang terlintas di fikiran. Sakitkah itu? Sakitkah ini? Bagaimana cara yang terbaik untuk melahirkan? Apa yang perlu disediakan? Bagaimana prosesnya nanti?

Semua akan mmenembak tepat ke bahagian korteks otak, sehingga kadangkala mengakibatkan tekanan kepada kita. Bagaimana untuk mengatasinya? Membaca! Bacalah informasi-informaso yang berkaitan dengan persalinan dan bagaimana untuk menjaga bayi. Dengan ilmu sahaja anda dapat menjawab persoalan-persoalan yang bermain di minda. Kan?

Selain itu, anda juga boleh mendapatkan nasihat daripada doktor yang merawat anda.

5. Rancang Kewangan Anda

Sebelum melahirkan anak ini, ada eloknya jika anda dan suami duduk semeja dan berbincang mengenai perancangan kewangan untuk keluarga anda. Ingat, anda sekarang ingin menambah lagi seorang (atau mungkin dua jika kembar) dalam ahli keluarga anda. Maka tentu sekali itu akan memberikan impak terhadap situasi kewangan anda pada hari ini.

Rancanglah bagaimana untuk mengurus kewangan dengan baik. Jika cashflow anda negatif, berusahalah untuk tidak membeli perkara-perkara yang tidak sepatutnya dan kembali fokus kepada keperluan kita.

 

Sertai Dropship PinkLady Sekarang Di Sini: [Klik]
(Visited 529 times, 1 visits today)