5 Penipuan Tentang Kehamilan Yang Setiap Wanita Perlu Tahu

pregnancy-806989_1920

Kebanyakan wanita yang sudah berkahwin meletakkan hamil sebagai salah satu perkara dalam wishlist mereka. Ah, siapa sahaja yang tidak mahu bukti cinta terindah antara dua manusia kan?

Tetapi hamil tidak selalunya mudah dan memang selalunya sukar. Saya terpaksa menjadi jujur untuk memberitahu kenyataan untuk itu. Dan ini kami ambil daripada seorang ibu hamil yang meluahkan rasa ibarat tertipu dengan 5 kenyataan yang biasa disebut-sebut orang dan dikaitkan dengan ibu hamil.

1. Makan Untuk Dua Orang?

Tipuuuuu. Kamu tidak pernah akan berpeluang untuk menikmati makanan sebagai dua orang. Buku-buku kesihatan menjernihkan kenyataan ini. Dalam buku-buku kesihatan, ibu hamil cuma memerlukan tambahan 300 kalori untuk bayinya. Apa yang boleh anda dapat daripada lebihan 300 kalori itu?

Iya, tidak lebih daripada roti sandwich (mentega kacang) dan segelas susu.

Walaupun anda hamil, anda sebenarnya tidak boleh terlampau mengikut kehendak anda dan makan apa sahaja yang anda mahukan. Anda perlu makan makanan yang baik untuk kesihatan terutamanya demi tumbesaran bayi dan sebaiknya jangan menambahkan berat badan dengan drastik.

Tetapi sabar, ada bahagian yang lebih menyeramkan. Kebenaran selalu menyeramkan, kan?

Pada waktu inilah kemahuan atau orang melayu kata ‘mengidam’ ni menjadi-jadi. Dan lebih memburukkan keadaan anda akan mengidam makanan-makanan yang tidak baik untuk kesihatan seperti Pizza, makanan berminyak dan berlemak dan sebagainya. Dan berkemungkinan besar suami anda akan belikan dan kemungkinan yang lebih besar adalah anda akan menikmati makanan itu.

Kemudian berat badan akan meingkat dengan drastik. Anda akan menangis sambil menghirup segelas milkshake, dan suami anda akan memberitahu anda lagi dan lagi bahawa anda tetap cantik. Tetapi anda tahu, mereka tidak jujur.

2. Kulit Anda Akan Bersinar

Mungkin sebahagian daripada anda kulitnya menjadi bersinar ketika hamil, tetapi perkara itu terjadi kepada semua orang. Dan yang lebih mendukacitakan, kulit anda dinoda dengan jerawat-jerawat yang menghiasi pipi dan dagu!

Untuk yang tidak beruntung (yang tidak menikmati kulit yang bersinar ketika hamil) bahkan berkemungkinan besar mempunyai eyebag atau bulan hitam di sekitar mata. Macam panda! Kenapa? Sebab anda akan sukar untuk tidur malam dan kalau pun anda berjaya tidur malam anda akan sering berjaga untuk membuang air kecil.

Sabar je lah!

3. Fasa Trimester Pertama Adalah Yang Terburuk

Kalau ada sesiapa yang memberitahu anda perkara ini, jeritlah ke telinga mereka, “Tipuuuuu!” (Segala perbuatan adalah atas risiko sendiri).

Sebab apa?

Sebab sebenarnya keseluruhan fasa kehamilan ini adalah teruk dan buruk. Ramai wanita yang berdukacita kerana menghidapi morning sickness atau muntah-muntah pada waktu pagi tetapi yang lebih teruk yang dihadapi oleh sebahagian wanita hamil adalah perasaan ingin muntah SETIAP masa, dari pagi sehingga malam dan muntah itu tidak pernah mahu keluar!

Saya fikir mungkin ramai orang katakan fasa trimester pertama adalah terbaik kerana mereka apabila mereka sudah masuk dalam fasa trimester kedua dan seterusnya mereka menjadi terbiasa dengan perkara-perkara ini. Sebenarnya situasi itu tidak pernah bertambah baik, cuma diri kita terbiasa dengannya.

4. Fasa Trimester Kedua – Tenaga Meningkat Dengan Drastik

Tidak. Serius! Wanita hamil yang meluahkan perasaan ini memberitahu bahawa dia letih sejak minggu pertama kehamilan dan ketika masuk fasa trimester kedua kehamilan, dia SANGAT penat. Bahkan bertamah-tambah penat.

Dalam fasa trimester ketiga bahkan mungkin situasi akan berubah menjadi lebih buruk.

Sangat Mengujakan Apabila Bayi Menendang Perut Anda

Baiklah, untuk kenyataan ini saya sebenarnya bersetuju. Tetapi ayat itu perlu ditukar kepada,

5. Sangat Mengujakan Apabila Bayi Menendang Perut Anda BUAT KALI PERTAMA.

Cuma kali pertama merasa tendangan daripad bayi yang membuatkan anda teruja, kemudian tendang mereka tidak lain dirasakan seperti ada seseorang sedang menusuk dan membenamkan pisau di perut anda. Rasa sakit yang pedih itu akan buat anda berfikir buat seketika bahawa ada sesuatu yang buruk berlaku.

Anda mungkin mahu menjerit.

Tetapi bersabarlah, anda tidak perlu menjerit. Dan tidak ada apa-apa yang berlaku. Cuma janin anda sedang menendang perut anda.

Tetapi diakui juga, momen-momen yang dilalui ini membuatkan hubungan ibu dan anak itu sangatlah erat dan rapat. <3

Sertai Dropship PinkLady Sekarang Di Sini: [Klik]
(Visited 2,109 times, 1 visits today)