5 Kata-Kata Yang Anak Anda Akan Ingat Sampai Mati. Bisikkan Ke Telinga Mereka Sekarang!

laughter-775062_1920

Kata orang putih,

Words have power.

Dan memang betul, setiap perkataan itu ada kuasa yang mampu menjadi asbab berjaya atau gagalnya seorang manusia, jatuh cinta atau jadi benci dengan seseorang manusia, sayang atau marah dan macam-macam lagi. Dan sebagai orang yang paling dekat dengan anak-anak, perkataan seorang ibu itu sangat memberi kesan kepada mereka. Bayangkan, orang yang paling dekat, dan yang paling mereka cinta berbicara pasti akan membekas selamanya di hati mereka.

Tetapi apakah perkataan itu? Kami kongsikan 7 kata-kata yang akan membekas di hati anak anda sehingga mereka mati. Iya, walaupun ketika anda berbisik kepada mereka, mereka tidak ambil endah.

1. Ibu Sayang Kamu

Ah, mana ada perkataan lain di atas dunia ini yang dapat menyayangi kata-kata yang menggambarkan cinta seorang ibu kepada anaknya. Sayang, kasih, cinta; perkataan yang sungguh kuat yang akan melekat dan membekas di hati anak-anak selama hidup mereka. Percayalah!

Walaupun pada ketika anda berbisik ke telinga mereka, respon mereka boleh jadi ambil enteng, tetapi jauh di sudut hati mereka berbunga-bunga. Terutama sekali anak lelaki. Bisikkanlah ke telinga mereka setiap hari.

2. Kamu Boleh!

Untuk anak, tiada seorang pun pakar motivasi yang lebih hebat daripada ibu mereka sendiri. Anak-anak tidak pernah melupakan ini, tetapi sayang disebabkan kesibukan kerjaya, para ibu kerap terlupa hakikat ini. berikanlah semangat kepada anak-anak setiap kali mereka merasa mereka tidak mampu untuk melakukan sesuatu.

Pandanglah dalam-dalam ke mata mereka, senyumlah dan kemudian katakan,

Kamu boleh. Ibu percaya kamu boleh.

Mereka mungkin menangis, atau responnya mungkin kurang menyenangkan bagi anda. Tetapi lihatlah esok harinya, dia akan mula belajar untuk yakin kepada diri sendiri. Kerana apa? Kerana mereka percaya bahawa mereka boleh. Disebabkan sepotong ayat yang anda ucapkan.

 

3. Jadilah Orang Yang Baik

Apa mungkin wujud perkataan yang lebih indah daripada nasihat yang mengajak kepada kebaikan? Tidak ada kawan. Dan ayat ini yang mungkin selalu diulang oleh ibu kita sewaktu kita masih kecil masih wajar untuk diulang-ulang kepada anak-anak kita.

Dan untuk itu, tambahlah nasihat-nasihat yang membina. Kerana kebaikan tidak bermula di jalanan, di rumah tuhan atau di institusi pendidikan. Kebaikan itu bermula di rumah, dan sentiasa akan bermula disitu. Ajarlah mereka untuk menjadi baik ketika mereka masih kecil, dan mereka akan membesar menjadi manusia yang memberi manfaat untuk orang lain.

4. Tidak Salah Untuk Menjadi Diri Sendiri.

Bukankah itu sungguh mengasyikkan? Ketika semua manusia menolak, menentang dan mencemuh idea-idea bodoh kita, tiba-tiba hadir seorang bidadari dari syurga yang berbisik perlahan ke telinga kita,

Tidak mengapa. Jadilah diri kamu yang sebenar. Ibu berbangga dengan kamu.

Pasti air mata kita akan mengalir. Setiap patah perkataan yang mendorong kita untuk menjadi diri sendiri itu akan disempan kemas-kemas dalam sanubari yang paling dalam. Daerah yang tidak boleh dicerobohi oleh sesiapa. Dan kata-kata itu akan membekas di hati setiap anak, jika dilafazkan oleh seorang ibu.

5. Ibu Kecewa Dengan Kami

Iya, di balik semua kata-kata nan indah yang sering kita lafazkan buat anak-anak, ada masanya kita merasakan bahawa kita seolah-olah kehilangan harapan. Bahawa mungkin disebabkan satu kesalahan kecil yang dilakukan, kita menjadi putus asa dengan mereka, lantas mengucapkan kata-kata ini.

Salah kah?

Tentulah tidak salah. Malah memang sesekali kita wajar untuk mengucapkan perkataan ini. Supaya mereka tahu, mereka tidak selamanya betul. Dan biarlah perkataan ini membekas di hati mereka selamanya, supaya tidak ada pula jiwa lain yang terluka dek kerana kesalahan yang sama.

Sertai Dropship PinkLady Sekarang Di Sini: [Klik]
(Visited 1,310 times, 1 visits today)