5 Cara Berkesan Tenangkan Anak Yang Sedang Mengamuk. #3 & #4 Tak Ramai Yang Buat.

Kredit Foto: www.thebrunettediaries.com

Kredit Foto: www.thebrunettediaries.com

Dalam banyak-banyak perkara, kes anak mengamuk ini adalah kes yang biasa dihadapi oleh setiap ibubapa. Pendek kata, kalau daripada 10 ibubapa tu, dijamin 9 daripadanya mengalami pengalaman ini.

Kadangkala kita sendiri pun tidak tahu mengapa anak-anak tiba bersikap seperti ini. Kadangkala dalam keadaan terkawal mood mereka boleh berubah tiba-tiba.

Sebenarnya, mengamuk juga adalah salah satu cara anak-anak cuba untuk mengekspresikan perasaan serta berkomunikasi dengan kita. Iya, tentu sahaja ianya bukan kaedah yang betul, tetapi kita perlu ingat bahawa anak kita baru hendak mula belajar mengenal dunia, maka kita lah orang yang patut memberitahu mereka bahawa tindakan mereka adalah salah. Kan?

Jadi bagaimana untuk menenangkan anak ketika mereka mengamuk? Kami gariskan 5 kaedah ini untuk anda amalkan, tetapi sesuaikanlah dengan keadaan ya!

1. Jangan Terbawa-Bawa Emosi Yang Sama

Ramai dalam kalangan ibubapa yang memberi respon yang sama dengan apa yang diluahkan oleh anak-anak ketika mereka sedang mengamuk. Kiranya, kalau anak menjerit dan membentak, si ibu akan mula meninggikan suara. Seakan-akan terbawa-bawa dengan permainan yang diciptakan oleh si anak.

Andai si anak mengamuk jenis membaling-baling barang, maka si ayah pula akan bangkit dan memukul si anak sebagai hukuman dan tindakbalas mudah untuk ‘menyedarkan’ si anak. Apakah ia berkesan? Tidak.

Apabila berada dalam situasi ini, pertama ibubapa perlu sentiasa mengingatkan diri mereka bahawa mereka dahulu yang perlu bertenang. Tarik nafas dalam-dalam sambil mengingatkan diri bahawa si anak masih kecil, dan kitalah yang perlu mendidik mereka.

Pendek kata, untuk menenangkan mereka, kita dahulu yang perlu bertenang. Memang tidak mudah, tapi boleh dilakukan.

2. Jangan Tinggalkan Mereka Sendirian.

Saya selalu melihat situasi dimana ibubapa akan meninggalkan anaknya apabila si anak mengamuk. Kononnya sebagai salah satu cara untuk memprotes tindakan anak itu. Tetapi adakah ianya cara yang betul? Sekali lagi, tidak.

Andai kita menyedari bahawa dengan terlampau berlembut atau mendukung atau terus memujuk anak ketika mereka sedang mengamuk membuatkan mereka lebih kuat membentak, maka janganlah pujuk mereka tetapi jangan pula tinggalkan mereka sendirian.

Dengan tidak meninggalkan mereka bersendirian, secara tidak langsung kita sebenarnya sedang mengajar nilai kepercayaan, kasih sayang dan merasa selamat dalam diri mereka. Tiga komponen yang penting untuk membina ketenangan dalam diri.

3. Tanya Mereka Sebab Mereka Mengamuk.

Persoalan ini perlu ditanya kepada anak-anak ketika mereka sudah bertenang. Jangan pula ketika mereka sedang membentak anda sibuk bertanya,

Kenapa ni? Kenapa mengamuk ni? Apa yang tak kena?

Memang mereka tak kan jawab.

Apabila anda sudah tahu punca mereka mengamuk, maka anda dapat menasihati mereka sesuai dengan penyebabnya. Mungkin salahnya di pihak anda, tetapi besar kemungkinan juga salah itu di pihak si anak. Jika anda yang bersalah berlaku adillah dengan meminta maaf dan tidak mengulanginya lagi. Jika mereka yang salah, terangkan kepada mereka, kenapa mereka tidak boleh mengamuk disebabkan perkara itu.

4. Ajar Mereka Petanda Emosi Tidak Stabil.

Ini kebiasannya adalah kemahiran si ibu kerana si ibu sangatlah rapat dengan anak-anak. Maka mereka dapat mengetahui, petanda-petanda kecil apabila emosi anak mulai berubah.

Beritahulah kepada mereka apa tanda-tandanya, ianya akan membantu mereka untuk mengawal emosi mereka sendiri dan memudahkan mereka untuk tidak mengamuk disebabkan perkara-perkara yang kecil.

5. Beri Mereka Ruang & Peluang.

Mudah sahaja sebenarnya, setiap manusia pernah dan akan melakukan kesilapan. Jika anak anda kerap mengamuk, mungkin dia sedang melakukan kesilapan dan tidak lama lagi akan menyedari hal itu.

Sebagai ibubapa, sentiasalah beri mereka ruang dan peluang untuk memperbaiki keadaan diri mereka. Bagaimana?

Ajarkan mereka cara untuk bertenang dengan mengambil wudu’ bagi yang muslim, beristighfar dan ingatlah Allah. Dan ajarkanlah mereka untuk duduk sebentar, mendengarkan lagu-lagu instrumental dan klasik yang dapat menenangkan gelombang minda mereka.

Jujur, ianya tidak mudah. Tetapi boleh dilakukan. Jadi jom lakukan sama-sama!

Sertai Dropship PinkLady Sekarang Di Sini: [Klik]
(Visited 3,992 times, 1 visits today)