30 Perkara Yang Perlu Ibubapa Ajar Kepada Anak Mereka. Okay, Sedikit Emosional.

stack-of-books-1001655_1920

Kita sebagai ibubapa selalu mahukan yang terbaik daripada anak-anak. Dan begitu juga anak-anak, mereka mahukan yang terbaik daripada kita. Segala kelengkapan dan keperluan mereka, segagah0gagahnya kita cukupkan, tetapi jangan sampai terlupa bahawa didikan kitalah yang paling utama. Mungkin kita bekerja, tetapi luangkan masa cuti untuk bersama dengan mereka dan didiklah mereka tentang alam dan kehidupan.

Catatan ini menurut saya sedikit emosional. Kerana saya membayangkan jika ada perkara-perkara yang saya terlepas pandang sepanjang mendidik anak-anak saya. Mudah-mudahan perkongsian ini akan membawa manfaat buat kita semua. Jom mula!

30 Perkara yang perlu diajar kepada anak

  1. Di atas semua perkara, sentiasa takut akan Tuhan.
  2. Menghormati ibubapa – meletakkan kepercayaan dan mematuhi orang tua.
  3. Pentingnya persahabatan.
  4. Memiliki belas kasihan bagi masyarakat miskin dan anak yatim.
  5. Kekuatan dan kebahagiaan yang nyata ditemui dalam memberi, bukan ketika kita menerima.
  6. Kekuatan peribadi yang baik dan hati nurani yang bersih.
  7. Bagaimana memotivasi orang tanpa memanipulasi mereka.
  8. Bagaimana menangani kegagalan.
  9. Sentiasa menepati janji.
  10. Lidah boleh membunuh dan mengubati, gunakannya di jalan yang betul.
  11. Memberilah dengan sebanyak-banyaknya.
  12. Pentingnya sopan santun.
  13. Bersyukurlah kepada Allah dalam segala hal.
  14. Pentingnya doa.
  15. Seni mengajukan pertanyaan yang baik dan akan membawa pada percakapan yang baik.
  16. Bagaimana untuk tumbuh sebagai seorang Muslim yang baik.
  17. Bagaimana menangani godaan nafsu dan syaitan.
  18. Mengetahui bagaimana membuat keputusan yang baik.
  19. Sentiasa bersangka baik dengan Allah.
  20. Boleh diajar dan jangan menjadi sinis.
  21. Mendapatkan nasihat daripada yang orang yang soleh.
  22. Pentingnya fleksibiliti dan kemampuan beradaptasi dalam pelbagai keadaan untuk menjalani kehidupn.
  23. Kepercayaan adalah asas sebuah perhubungan.
  24. Rendahkan atau buang sifat egois.
  25. Menghormati martabat dan maruah semua orang.
  26. Setia dalam hal-hal kecil.
  27. Hidup ini tidak adil (dan tidak pernah) – jangan membandingkan diri kita atau dengki dengan orang lain.
  28. Hidup dengan komitmen, bukan oleh perasaan.
  29. Pohonlah maaf apabila melakukan sesuatu kesalahan – baik dengan manusia atau dengan Tuhan.
  30. Bagaimana mengurus kewangan mereka.

Catatan pendek ini mungkin akan membantu anda untuk menjadi panduan asas tentang apa yang pelu diajar kepada anak-anak kita. Kerana anak ini adalah tanggungjawab daripada Allah, maka mahu tidak mahu kita harus bersedia dengan segala cara untuk menjawab denganNya apabila tiba saatnya nanti.

Semoga artikel ini membawa manfaat buat kita semua. Jangan lupa klik butang share di bawah ya :]

Artikel ini telah diterjemah dan disunting daripada artikel asal yang ditulis dalam Bahasa Inggeris yang bertajuk : 40 Lessons We Sought to Teach Our Children

Sertai Dropship PinkLady Sekarang Di Sini: [Klik]
(Visited 249 times, 1 visits today)