4 Perkara Yang Wajib Anda Ajar Kepada Anak Anda Menjelang Aidilfitri. Serius Penting!

Kredit Foto: www.asianlite.com

Kredit Foto: www.asianlite.com

Macam tak sangka kan? Dah berminggu-minggu rupanya kita berpuasa dan tidak lama lagi ramadan akan meninggalkan kita sebelas bulan lamanya. Bersempena tamatnya bulan ramadan yang penuh keberkatan ini, Allah hadiahkan kepada kita Syawal untuk meraikan kemenangan.

Kemenangan menahan nafsu, menangnya kita berpesta ibadah siang dan malam, menangnya kita berusaha walau diuji dengan banyaknya perkara. Untuk anak-anak kecil, Syawal adalah bulan kemenangan kerana berjaya membuktikan yang mereka juga mampu beribadah sama seperti orang dewasa.

Raya memang sinonim dengan balik kampung kalau di Malaysia. Lagi pula raya aidilfitri ini disambut oleh sebahagian besar daripada rakyat Malaysia. Kan?

Haa, jadi kalau dah balik kampung tu anda mesti siapkan anak-anak anda dengan beberapa perkara ini.

1. Jauhi Gajet & Internet

Bukan mudah tau nak kumpulkan ramai dalam kalangan ahli keluarga kita dibawah satu bumbung. Sepupu-sepapat, saudara-mara, pakcik-makcik, semua tu kita cuma dapat jumpa sekali sahaja setahun. Itu lah pada hari raya. Maka sangatlah perlu untuk anda ingatkan kepada anak-anak anda supaya tidak terlalu asyik dengan gajet mereka, beritahulah mereka untuk bergaul dengan saudara-mara yang lain, bermain atau sekadar berborak kosong.

Nanti bila dah sampai kampung, anak anda mungkin sedikit janggal, maka anda sebagai ibubapa perlulah membantu mereka. Cuba untuk memperkenalkan mereka dengan saudara-mara yang sebaya. Haaa, bila dah ada geng nanti, silap-silap anda pula yang dilupakannya.

2. Tolak Ansur

Tahu sahajalah, rumah di kampung tidaklah sebesar mana. Lagi pula untuk memuatkan beberapa buah keluarga. Jadi ajarlah anak anda untuk bertolak ansur, jangan selalu mengeluh dan merengus. Mungkin mereka tidak akan dapat tilam seempuk di rumah, atau terpaksa tidur berhimpit, tetapi beritahulah mereka itulah kenangan yang tidak akan pernah mereka lupakan sampai mati.

Bila ada sifat tolak ansur ni, insyaAllah mudahlah untuk mereka senang ‘masuk’ dengan orang lain bila dah besar nanti.

3. Hormat

Di kampung nanti, mereka akan berjumpa dengan ramai pakcik-makcik, datuk dan nenek serta orang-orang yang lebih tua daripada mereka. Ada eloknya sebelum bertolak pulang, ingatkan mereka cara-cara untuk menghormati mereka yang lebih tua.

Bersalam, senyum, tunduk apabila lalu dihadapan mereka, biarkan mereka makan terlebih dahulu dan jangan tinggikan suara antara nasihat wajib yang perlu anda khabarkan kepada mereka.

Sebenarnya mereka sudah ada nilai-nilai ini, cuma anda perlu ingatkan mereka kembali. Itu sahaja.

4. Tahu Batasan

Mungkin anak anda sudah masuk dalam kategori anak remaja. Maka, ajarkanlah mereka batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan. Pakcik atau makcik yang haram untuk mereka bersentuhan, perbuatan-perbuatan yang tidak sepatutnya dilakukan dan gurau-gurauan yang mungkin boleh menghiris perasaan.

Beritahu kepada mereka untuk bersederhana dalam setiap perkara.

Selamat hari raya semua!

Sertai Dropship PinkLady Sekarang Di Sini: [Klik]
(Visited 2,431 times, 1 visits today)