3 Tips Agar Anak Tidak Mudah Dijangkiti Penyakit

honey-823614_1920

Siapa yang tak sayang anak. Kan?

Bagi seorang ibu, 9 bulan yang paling berat tetapi sekaligus membahagiakan adalah 9 bulan mengandungkan si buah hati. Kemudian kemuncaknya adalah pengorbanan seorang ibu yang mempertaruhkan nyawanya demi membenarkan insan yang berkongsi tubuh dengannya untuk lahir dan melihat dunia.

Menjaga kesihatan anak tidak pernah mudah. Kami tahu. Oleh itu, kami kongsikan 4 tips yang boleh anda lakukan sebagai persediaan mengelakkan anak anda daripada mudah dijangkiti penyakit.

1. Sentiasa Perhatikan Tahap Kebersihan Mereka

Kita semua sedia mafhum bahawa anak kita di peringkat kanak-kanak sedang berada di kemuncaknya yang paling aktif. Dia sedang dalam proses mempelajari, mencuba dan bermain. dan kita juga sedia tahu dan arif bahawa sumber penyakit yang paling umum adalah kuman dan bakteria.

Maka disinilah bermulanya tugas seorang ibu atau ayah untuk mengelakkan anak-anak daripada dijangkiti penyakit. Bukan, bukan elakkan mereka daripada bermain, tetapi didiklah mereka supaya pandai menjaga kebersihan. Beritahu mereka untuk mencuci tangan sebersih-bersihnya sebelum makan dan nasihat-nasihat yang serupa.

Dan jangan lupa, kebersihan diri mereka seperti kuku, gigi dan pakaian. Boleh jadi, penyakit datang daripada situ.

 

2. Makan Buah-buahan Dan Sayur-sayuran

Kita juga sedia maklum bahawa buah dan sayur mengandungi banyak vitamin dan mineral yang amat diperlukan oleh kanak-kanak (juga orang dewasa!). Didiklah anak anda supaya memakan sayur-sayuran dan buah-buahan, kerana ianya bukan sahaja akan membantu proses tumbesarn mereka tetapi juga akan membantu mereka untuk terhidar daripada masalah-masalah penyakit dan secara tidak langsung juga membantu menguatkan lagi sistem imunisasi mereka.

Memang tidak mudah untuk menggalakkan mereka. Tetapi perlahan-lahan, berusahalah. Dan didikan perlulah dengan tauladan. Untuk menggalakkan anak anda memakan sayur dan buah, anda terlebih dahulu harus walk the talk.

3. Madu! Yummy!

Buat kanak-kanak yang berusia lebih daripada dua tahun, anda boleh memberikan madu asli secara rutin sebagai salah satu suplemen untuk membantu meningkatkan imunisasi dan dalam masa yang sama menguatkan kekebalan sistem tubuh mereka dalam melawan penyakit. Ah, tidak perlu diceritakan lagi kehebatan madu asli yang digalakkan sendiri oleh pakar-pakar perubatan.

Haaaa, dahlah sedap. Bermanfaat pula tu. Pasti anak anda suka, dijamin!

Demikianlah beberapa tips sederhana yang ingin dikongsikan. Semoga bermanfaat buat anda semua.

Sertai Dropship PinkLady Sekarang Di Sini: [Klik]
(Visited 542 times, 1 visits today)