2 Ciri Disleksia Yang Perlu Anda Tahu. Anak Anda Ada Ciri-Ciri Ini?

child-865116_1920

Mungkin anda pernah menonton filem hindustan yang diarahkan oleh Amir Khan yang bertajuk Taare Zameen Par yang mengisahkan tentang perjuangan seorang guru untuk mendidik anak muridnya yang menghadapi masalah disleksia.

Jika anda pernah menonton filem itu, pasti anda sudah cukup tahu tentang disleksia. Malahn, masalah ini juga dihadapi oleh beberapa insan yang popular dengan kegeniusan dan kehebatan dalam bidang mereka seperti Tom Cruise, Walt Disney dan Albert Einstein. Haa, dapatkah anda membayangkan, si genius Albert Einstein pun menghadapi masalah yang serupa!

Bagi yang belum menonton, disleksia adalah masalah mengolah perkataan, mengeja, membaca dan menulis. Jika anak anda mempunyai masalah ini, janganlah terlampau risau dan berputus asa pula. Lihat figur-figur yang telah berjaya, mereka telah membuktikan kebertasan mereka boleh diatasi dengan kerja keras. Kan?

Disleksia sebenarnya terbahagi kepada dua bahagian. Apa itu?

1. Developmental Dyslexia

Developmental dyslexia adalah masalah yang disebabkan oleh genetik atau keturunan. Kiranya, sewaktu mereka lahir, mereka sudah menghadapi masalah ini. Mereka yang dalam kategori disleksia berjenis ini akan menghadapi masalah ini seumur hidupnya dan berkemungkinan besar tidak mungkin dapat disembuhkan. Mereka yang berada dalam kategori ini sudah tentu akan mengalami kesukaran dalam membaca kerana mereka tidak dapat mengeja dan menulis dengan baik.

Tetapi jangan bimbnag, meskipun mereka mempunyai masalah disleksia, tetapi secara puratanya mereka mempunyai taraf IQ yang sama dengan kanak-kanak lain dan bahkan ada yang melebihi taraf IQ kanak-kanak lain. Lihat sahaja contoh paling akbar, Albert Einstein! Walaupun masalah ini tidak dapat diselesaikan tetapi risiko dan kesannya dapat dikurangkan jika ibubapa mengambil langkah-langkah untuk meminimumkan risiko masalah ini (Sila rujuk pakar untuk ini).

2. Acquired Dyslexia

Haa, acquired dyslexia ini apa pula? Mereka yang berada dalam kategori ini mengalami masalah disleksia disebabkan oleh faktor-faktor luaran. Mereka pada awal kelahairan adalah seperti kanak-kanak normal yang lainnya, tetapi disebabkan faktor-faktor asing, mereka mengalami masalah ini. Walaubagaimana pun, pakar masih belum dapat menemukan apakah faktor-faktor luaran yang dapat menyebabkan masalah disleksia ini kepada mereka.

Ciri-Ciri Disleksia

Mereka yang menghadapi maslaah disleksia ini mungkin lebih mudah untuk disedari ketika mereka sudah mulai masuk dalam sistem pendidikan secara formal. Kerana pada waktu itu mereka akan diajar untuk membaca dan menulis, dan tentu para guru dapat melihat perbezaan antara murid yang mengalami masalah ini dan murid yang normal.

Tetapi, kita sebagai ibubapa juga sebenarnya dapat mengetahui jika anak-anak kita mengalami masalah ini sebelum mereka masuk ke sekolah lagi. Iaitu dengan melihat jika munculnya dua ciri ini dalam diri anak-anak :

1. Petanda pertama si anak mungkin berisiko besar mengalami disleksia adalah apabila si anak terlambat untuk bercakap berbanding kana-kanak yang lain. Selain itu, mereka juga kebiasannya menghadapi masalah konsentrasi, tidak memahami pertanyaan yang diberikan jika arahan itu terlampau panjang dan sering membaca terbalik. Contohnya, mereka membaca perkataan aku sebagai uka.

2. Selain itu, anak-anak yang menghadapi masalah disleksia juga dapat kita lihat apabila mereka sukar untuk mengucapkan perkataan-perkataan yang kurang biasa didengar dan diperkatakan, mengalami masalah dalam memproses dan memahami sesuatu yang didengar. Disebabkan masalah-masalah bahasa yang dihadapinya, anak-anak ini akan mengalami kesukaran membaca, kesukaran untuk membezakan huruf yang hampir sama, contoh huruf d dan b serta sukar untuk memahami dan mengeja bahasa asing.

Itulah dia serba sedikit penerangan tentang disleksia dan ciri-ciri anak yang menghadapi masalah ini. Jika anak anda menghadapi masalah ini, janganlah risau tetapi bawalah dia untuk bertemu dengan pakar kanak-kanak. Semoga bermanfaat!

Sertai Dropship PinkLady Sekarang Di Sini: [Klik]
(Visited 1,721 times, 1 visits today)