14 Bahaya Obesiti Untuk Wanita Hamil. Hati-hati!

Ketika hamil, selera makan si ibu pasti meningkat dengan sangat drastik. Pagi mengidam nasi lemak ayam sambal kerang, tengahari rasa nak kunyah-kunyah manisan, petang rasa nak makan bertih jagung, malam nak makan pizza. Tanpa kawalan yang baik, wanita-wanita yang sedang mengandung cenderung untuk mengalami masalah obesiti tanpa disedari. Obesiti ini sangat bahaya sebelum, semasa dan selepas bersalin.

pregnant-775028_1920

14 risiko yang dialami oleh ibu obesiti ini telah ditulis oleh Hasnita di majalah online PAMA. Semoga bermanfaat!

KETIKA HAMIL

1. Gestational Diabetes.

2. Tekanan darah tinggi.

3. Tanda-tanda abnormal kepada tumbesaran, perkembangan dan kesihatan umum bayi.

4. Sleep Apnoea iaitu masalah pernafasan terhenti untuk seketika sewaktu sedang tidur.

KETIKA BERSALIN

5. Sukar untuk melahirkan.

6. Shoulder Dystocia – Bahu bayi boleh tersangkut sewaktu melalui proses kelahiran.

7. Kesukaran untuk memantau denyutan jantung bayi.

8. Kesukaran untuk menyediakan ubatan bersesuaian bagi mengurangkan rasa sakit sewaktu melalui proses kelahiran.

9.   Meningkatkan risiko untuk kelahiran normal selepas kelahiran menerusi pembedahan dijalankan sewaktu kelahiran bayi yang sebelumnya.

10. Memerlukan kaedah kelahiran menerusi pembedahan kecemasan.

11. Meningkatkan risiko komplikasi selepas pembedahan.

SELEPAS BERSALIN

12. Meningkatkan risiko jangkitan pada luka.

13. Meningkatkan risiko darah beku (lazim berlaku selepas kelahiran menerusi pembedahan).

14. Mengalami masalah kemurungan selepas bersalin.

Sertai Dropship PinkLady Sekarang Di Sini: [Klik]
(Visited 500 times, 1 visits today)