12 Langkah Untuk Mengelakkan Keracunan Makanan. Memang Berkesan!

baby-444950_1920

Sebagai ibubapa, memang kita sentiasa mahukan anak-anak didalam jagaan kita membesar dalam keadaan yang sempurna. Siapa yang mahukan anaknya demam? Tiada. Bahkan kalau boleh, kita akan meminta daripada Tuhan supaya biarlah kita yang menjadi pengganti untuk menerima kesakitan mereka. Sehingga begitu sekali kasih dan sayang kita kepada insan yang bergelar : anak.

Dan untuk bayi serta kanak-kanak, masalah yang sering terjadi adalah keracunan makanan. Jadi kami fikir artikel ini pasti akan membantu anda (eh silap, kita) sebagai salah satu ikhtiar kita. Yang lain-lain, kita serahkan kepada Dia lah ya? :]

Tentang keracunan makanan

Hampir semua jenis makanan boleh dicemari oleh virus, bakteria atau parasit. Makanan juga boleh memudaratkan sekiranya mengandungi racun serangga atau toksin.

Antara gejala biasa serangan keracunan makanan ialah muntah-muntah, cirit-birit, kejang pada bahagian abdomen, loya dan demam tidak lama selepas makan makanan tercemar.

Pada kebanyakan orang, masalah ini tidak begitu mengganggu dan boleh sembuh cepat. Akan tetapi keracunan makanan boleh menyebabkan dehidrat, keracunan saraf dan kegagalan buah pinggang berfungsi secara normal. Sekiranya kehilangan air dalam tubuh terlalu serius, kemungkinan boleh membawa maut.

Kecenderungan seseorang itu untuk mendapat keracunan makanan bergantung kepada umur dan daya tahan mereka. Selain itu, jumlah bakteria yang terkandung dalam makanan tercemar yang diambil itu turut diambil kira. Biasanya, kanak-kanak lebih mudah mengalami keracunan makanan kerana daya tahan mereka yang masih rendah.

Lazimnya, keracunan makanan boleh dikesan selepas 2 hingga 72 jam mengambil makanan atau minuman yang tercemar. Tempoh kesakitan yang dialami itu boleh hilang selepas beberapa jam. Akan tetapi ada juga yang sakitnya berlarutan sehingga tujuh hari. Semua ini bergantung kepada kekuatan tubuh individu yang terkena keracunan makanan itu.

Tanda-tanda anak anda mengalami dehidrasi akibat keracunan makanan:

1. Bibir kering

2. Tidak ada air mata semasa menangis

3. Kurang selera makan

4. Kurang membuang air kecil

5. Mata cengkung

6. Mengantuk

7. Cepat marah.

Makanan berisiko tinggi

Umumnya, makanan yang berisiko tinggi ialah makanan yang tidak tahan lama atau cepat rosak kerana menggalakkan pembiakan bakteria yang berbahaya. Antara makanan tersebut ialah:

  • Semua jenis makanan berdaging.
  • Susu, krim dan semua makanan berasaskan hasil tenusu.
  • Masakan yang mengandungi telur
  • Makanan laut
  • Salad

Bagaimana elakkan keracunan makanan

1. Pastikan suhu peti sejuk anda bawah 5°C dan suhu pada bahagian freezer 0°C.

2. Setelah keluar membeli barangan ‘basah’,  balik dengan kadar segera untuk mencuci barangan tersebut dan masukkan ke dalam peti sejuk bagi mengelakkan pencemaran.

3. Jangan memberi makanan yang sudah rosak atau busuk.

4. Sekiranya membeli makanan dalam tin, pastikan tin tersebut tidak kemik.

5. Basuh tangan menggunakan sabun sebelum menyediakan makanan.

6. Pastikan peralatan memasak yang digunakan dalam keadaan bersih.

7. Jauhkan haiwan peliharaan anda daripada makanan.

8. Sekiranya ada makanan yang tidak habis, masukkannya ke dalam peti sejuk dan elakkan meninggalkannya dalam suhu bilik lebih daripada 2 jam.

9. Jangan makan telur mentah.

10.Jangan makan makanan atau minuman yang sudah mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan.

11. Buangkan sahaja makanan yang anda tidak pasti kebersihannya.

12. Cuci bersih buah-buahan dan sayur-sayuran yang akan dimakan mentah.

Semoga artikel yang kami kongsikan ini membawa manfaat buat kita semua. Apa lagi tunggu? Tekan butang share di bawah.

Artikel ini telah disunting daripada artikel asal yang bertajuk : 12 Langkah Ini Boleh Elakkan Keracunan Makanan Dengan Berkesan

Sertai Dropship PinkLady Sekarang Di Sini: [Klik]
(Visited 2,380 times, 1 visits today)