10 Petanda Si Bayi Nak Tumbuh Gigi. Terujanya!

boy-1424452_1920

Rasa keterujaan apabila bayi kita bergerak daripada satu fasa ke fasa lain adalah sesuatu yang lumrah. Kan? Bayangkanlah, daripada sewaktu anda hamil, kemudian melahirkan dan sekarang bayi anda sudah hendak tumbuh gigi, tidak ada satu perkara pun yang terlepas daripada pemerhatian anda dan membuatkan anda tidak teruja. Semuanya kita rai dengan perasaan teruja dengan gembira, termasuk tangisannya yang pertama!

Maka hari ini, kami ingin berkongsi 10 petanda gigi si bayi sudah hendak tumbuh. Maksudnya? Tak lama lagi, dia dah boleh makan nasi lah kan? Haha!

1. Air Liur.

Anda pernah merasa sakit gigi? Sewaktu kita sakit gigi kan, tiba-tiba air liur menjadi banyak dan terkumpul dalam mulut, kan? Begitulah juga yang terjadi kepada anak anda yang baru hendak tumbuh giginya. Pertumbuhan gigi merangsang penghasilan dan pengeluaran air liut dan kebiasaannya, perkara ini terjadi ketika bayi berusia 3 hingga 4 bulan.

Apa? Anak anda baru berusia 2 bulan? Bersabarlah. 🙂

2. Ruam.

Apabila bayi anda sedang dalam fasa pertumbuhan gigi dan mereka pula menghasilkan air liur yang sangat banyak, ada kemungkinan akan terhasilnya ruam yang disebabkan oleh kulit kering. Kebiasaannya ruam ini akan muncul di sekitar kawasan mulut, dagu dan juga leher.

Hal ini disebabkan oleh air reaksi antara air liur dan kulit bayi itu. Untuk mengurangkan masalah ini, anda bolehlah menggunakan losyen atau krim kulit yang khusus untuk merawat masalah ini. Kalau boleh, sebelum timbul ruam pun anda sudah mula menyapu krim, kan lebih baik mencegah daripada merawat.

3. Batuk

Sebenarnya, banyak perkara lain yang terjadi disebabkan satu perkara sahaja iaitu : penghasilan air liur yang banyak. Apabila mulut bayi anda terkumpul dengan air liur yang banyak, ianya boleh menyebabkan anak anda tersedak dan batuk.

Selagi tidak ada simptom-simptom yang menunjukkan anak anda dijangkiti demam, janganlah risau. Bertenanglah.

4. Suka Mengigit

Kawan-kawan yang dihormati, tekanan yang disebabkan oleh gigi yang mahu keluar yang menekan gusi bayi anda akan menyebabkan si bayi merasa tidak selesa. Untuk itu, bayi akan mula mencari sesuatu untuk dilepaskan tekananannya itu. Ketidakselesaan yang dialami akhirnya diekspresikan dengan mengigit apa sahaja yang berada di hadapan mereka.

Tetapi tenang sahaja, sekarang sudah ada pelbagai jenis mainan gigit-menggigit yang disediakan untuk bayi. Beli sahaja di pasaraya.

5. Tidak Mahu Makan

Kerana merasa tidak selesa dengan keadaan gusinya, bayi yang dalam fasa ini sering menolak untuk makan. Untuk masalah seperti ini, anda boleh menggantikannya dengan memberikan botol bayi ataupun memberikannya susu badan. Haa, mudah kan?

Berikut adalah lima perkongsian kami buat masa ini. Anda ada sesuatu untuk dikongsikan berdasarkan pengalaman anda? Janganlah malu-malu untuk menghubungi kami di Facebook – OhsemMama. Jangan lupa kongsikan dengan rakan-rakan yang lain.

Sertai Dropship PinkLady Sekarang Di Sini: [Klik]
(Visited 884 times, 1 visits today)